4 jenis lelaki yang ditarik
perempuan ke neraka
Di
akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka.
Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum
lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan
As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul.
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah
tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia
membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau
dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan
tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan
untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami
mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa
tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau
mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak
menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat
kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya
tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu
hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus
memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang
tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan
selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat
berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum
muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu
janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT
berikan pada kita…wallahua’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan